Lima anggota pertubuhan tidak diiktiraf ditahan - Utusan Malaysia

Lima anggota pertubuhan tidak diiktiraf ditahan

BARANG rampasan susulan susulan penahanan lim suspek dipercayai anggota pertubuhan tidak diiktiraf di Port Dickson, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Lima lelaki dipercayai anggota sebuah pertubuhan tidak diiktiraf ditahan polis selepas gambar kumpulan tersebut tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, tangkapan ke atas suspek berusia antara 30 hingga 58 tahun itu dibuat berdasarkan maklumat melalui gambar yang dimuat naik oleh ahli kumpulan terbabit di media sosial sebagai memperingati penubuhan kumpulan tersebut.

“Pada Ahad lalu, sekumpulan individu iaitu warga tempatan mengadakan upacara pemotongan kek dan dihadiri beberapa ahli kumpulan yang lain bagi tujuan tersebut.

“Sepasukan polis dari Bahagian Anti Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menahan seorang lelaki (suspek pertama) di Dataran Segar, Lukut kira-kira pukul 11.45 malam hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini.

Aidi Sham berkata, penahanan suspek pertama itu membawa kepada penahanan empat lagi individu lain di sekitar Lukut dan Port Dickson, kelmarin.

“Setakat ini, polis menahan lima lelaki dipercayai ahli kumpulan terbabit dan masih dalam tindakan untuk mengesan beberapa orang lagi untuk melengkapkan siasatan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis merampas sehelai baju bercetak logo syiling bertindih dan lambang Nazi yang melambangkan kumpulan tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya