Libatkan swasta beli vaksin bantu percepat vaksinasi - Utusan Malaysia

Libatkan swasta beli vaksin bantu percepat vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan ‘memonopoli’ pembelian vaksin Covid-19 tanpa melibatkan pihak swasta antara punca negara ini lambat menerima bekalan vaksin itu termasuk dibuli dan dipermainkan kuasa besar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, ini kerana penglibatan pelbagai pihak mampu membantu dan mewujudkan gabungan kepakaran bagi mendapatkan vaksin sekali gus mempercepatkan proses berkenaan.

Malah katanya, pembelian vaksin sepatutnya diketuai Kementerian Kesihatan sebagai sebuah agensi yang lebih berkepakaran di samping mempunyai kaitan dan bukannya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Untuk mengimport dari luar negara, syarikat atau hospital swasta ada hubungan dengan pihak di sana dan kita perlukan kebenaran serta kelulusan Kementerian Kesihatan. Namun, sehingga kini belum ada polisi yang membenarkan.

“Malah apa yang menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat mengapa Kementerian Kesihatan yang dilihat lebih layak atas kepakaran dalam bidangnya tidak menjadi ketua agensi. Mengapa diberi kepada kementerian lain untuk menyelaras pembelian vaksin (Covid-19)? Kita harap jangan ada kepentingan politik yang mendominasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya di sini semalam.

Semalam Mingguan Malaysia melaporkan wawancara bersama Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd.Rabin Basir yang antara lain memberitahu, Malaysia menjadi mangsa buli kuasa besar dalam isu pengagihan vaksin sehingga mengakibatkan bekalan yang sepatutnya sampai tepat pada masanya dilewat-lewatkan pembekal.

Dalam pada itu, Presiden Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, tiada bukti kukuh Malaysia dibulidalam isu pembelian vaksin Covid-19.

Kenyataan tersebut, menurut beliau hanya menimbulkan persoalan termasuk kewajaran negara terbabit berbuat demikian kepada Malaysia, walhal tidak pernah berlaku masalah dalam hubungan antarabangsa.

“Kita tidak pasti kenyataan itu adakah benar-benar berlaku kerana kita tidak diberikan bukti sahih.

“Walau apa pun, kerajaan perlu tumpu untuk beberapa jenis vaksin sahaja. Jika terlalu banyak ia akan menyebabkan urusan logistik bertambah sukar dan ini akan melambatkan penerimaan untuk masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN