Lelaki mati dipijak gajah bukan di Malaysia - Utusan Malaysia

Lelaki mati dipijak gajah bukan di Malaysia

TANGKAP layar video tular yang memaparkan seorang lelaki mati dipijak gajah berlaku di Thailand, bukan di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor seperti yang didakwa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menafikan video tular yang memaparkan seorang lelaki mati dipijak gajah yang didakwa berlaku di Felda Tenggaroh, Mersing, di sini.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, video berkenaan sebaliknya dipercayai berlaku di Thailand pada 15 April lalu. 

“Semakan telah dibuat dan mengesahkan kejadian bukannya di Felda Tenggaroh, Mersing. Berdasarkan video ini adalah disyaki ianya berlaku di luar negara iaitu di Thailand,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 2.27 minit yang memperlihatkan seorang lelaki cuba memberi makan kepada seekor gajah namun haiwan tersebut bertindak menyerang mangsa sehingga mati.

Melalui rakaman suara yang tular bersama video berkenaan memaklumkan kejadian berlaku di Felda Tenggaroh, Mersing.

Salman berkata, laporan akhbar tempatan Bangkok Post turut melaporkan berkenaan kejadian itu yang berlaku pada Khamis ketika lelaki berkenaan cuba memberi makan haiwan itu di Nakhon Ratchasima, Thailand.

“Saya menasihatkan agar orang ramai tidak terlalu ghairah untuk menyebarkan berita-berita yang tidak pasti kebenarannya atau berita palsu kerana ia akan menimbulkan keresahan yang tidak berasas kepada orang ramai. 

“Orang ramai diminta agar meyemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa bagi mengesahkan sebarang berita yang diterima,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya