Lelaki ditemukan mati di dalam longkang - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati di dalam longkang

MAYAT lelaki lingkungan 60-an ditemukan di dalam longkang di Taman Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang. - UTUSAN/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang di Taman Tenggiri, Seberang Jaya, dekat sini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati satu mayat lelaki berusia lingkungan 60-an berada di dalam longkang.

“Anggota telah melakukan kerja-kerja mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai itu kemudiannya ditamatkan pukul 9.21 pagi dan pihak polis kini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya