Kes sangkar ikan pecah tiada unsur jenayah - Polis - Utusan Malaysia

Kes sangkar ikan pecah tiada unsur jenayah – Polis

KERATAN akhbar Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Tiada unsur jenayah dalam kejadian 280 buah sangkar ternakan ikan pecah dihanyutkan arus deras Sungai Perak dalam kejadian di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintenden Yahaya Hassan berkata, pemilik ternakan ikan sangkar berkenaan diddapati membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Memang laporan polis sudah buat mengenai sangkar dihanyutkan arus disebabkan tali mengikat sangkar putus.

“Namun tiada ansur jenayah dalam kejadian ini dan polis meminta syarikat itu membuat rujukan kepada Jabatan Perikanan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam..

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang penternak ikan sangkar mendakwa kerugian hampir RM7 juta selepas 280 sangkar ternakannya pecah dihanyutkan arus deras Sungai Perak.’

Heng Zhi Yong, 33, berkata, kejadian pada kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan hampir kesemua ternakannya kira-kira 500 tan metrik terlepas ke dalam sungai manakala sebahagian besar daripada 280 buah sangkarnya musnah.

Termasuk sangkar yang musnah, dia menganggarkan rugi RM7 juta akibat kejadian yang disebabkan tali pengikat sangkar terputus.

Zhi Yong mengesyaki tali pengikat sangkar ikan dipotong kerana 10 tali yang digunakan untuk mengikat sangkar semuanya putus sekali gus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya