KDN akan keluarkan arahan pentadbiran penggunaan kalimah Allah - Utusan Malaysia

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran penggunaan kalimah Allah

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran dalam masa terdekat berhubung penggunaan kalimah Allah.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, arahan pentadbiran itu penting bagi memastikan penggunaan kalimah Allah tidak lagi menimbulkan kekeliruan pada masa akan datang.

Beliau berkata, arahan itu juga akan memasukkan undang-undang penggunaan Allah yang diguna pakai di peringkat negeri.

“Arahan akan dikeluarkan secepat mungkin. Ia akan dikeluarkan dari semasa ke semasa mengikut akta sedia ada.

“Sebagai contoh, bagi penggunaan kalimah Allah, kita akan guna Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebagai panduan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan Wacana Meja Bulat bersama wakil bukan Islam di sini hari ini.

Katanya, arahan yang dikeluarkan itu kelak adalah berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri.

Jelasnya, bagi membentuk arahan itu, Perlembagaan Persekutuan akan digunakan sebagai batu asas dan panduan.

Hamzah berkata, arahan pentadbiran itu juga akan mengambil kira pandangan dan aspek toleransi semua pihak termasuk pemahaman agama-agama lain yang ada di negara ini.

“Arahan ini kelak akan diterima baik oleh semua agama di negara ini,” katanya.

Berhubung sesi wacana meja bulat itu, Hamzah berkata, semua wakil agama mahu menjadikan agama sebagai satu jalan untuk menyatupadukan masyarakat di negara ini bukannya memecahbelahkan.

“Kita tidak mahu isu kalimah Allah ini memecahkan hubungan antara penganut agama di negara ini kerana apa yang penting semua masyarakat berhak hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Aspek toleransi perlu diambil kira. Toleransi bukan hanya datang daripada kumpulan majoriti tapi juga semua kumpulan bagi membentuk kesepaduan dalam masyarakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya