Kanak-kanak tiga tahun maut dirempuh Perodua Kancil - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tiga tahun maut dirempuh Perodua Kancil

KEADAAN Perodua Kancil selepas merempuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kampung Wa, Jerangau di Dungun malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dirempuh sebuah Perodua Kancil dalam kejadian di Kampung Wa, Jerangau di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mu’thal Assalami Ahmad meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden, Baharudin Abdullah berkata, mangsa dikatakan tiba-tiba berlari melintas jalan sebelum dirempuh pemandu Perodua Kancil itu.

Katanya, pemandu berusia 26 tahun dari arah Jerangau ke Dungun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Impak pelanggaran menyebabkan kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya