Kanak-kanak maut sebelum makan malam - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut sebelum makan malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Hasrat tujuh sekeluarga untuk menikmati makan malam sebelum ketibaan Ramadan bertukar tragedi apabila insan tersayang mereka maut dirempuh kenderaan di hadapan sebuah restoran di Kampung Wa, Jerangau di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Mu’thal Assalami Ahmad yang berusia tiga tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Bapanya, Ahmad Embong, 61, berkata sebelum kejadian, dia baharu memasuki restoran tersebut sambil memimpin tangan mangsa yang merupakan anak bongsunya.

Bagaimanapun, katanya, semasa memeriksa suhu badan, anaknya melepaskan genggaman tangan dan terus berlari menuju ke arah isterinya dan anak lain yang berada di seberang jalan.

“Saya cuba mengejar dan memanggil namanya tetapi tidak dihiraukan dan ketika di bahu jalan, saya nampak anak sudah dilanggar kereta,” katanya kepada pemberita.

Menurut Ahmad, impak pelanggaran itu turut menyebabkan anaknya tercampak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Dia yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sebelum kejadian dia sempat membawa mangsa menaiki motosikal pada sebelah petang.

Jenazah Mu’thal Assalami selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jerangau kira-kira pukul 7.40 pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya