Jangan sekat suara orang muda - Tun M - Utusan Malaysia

Jangan sekat suara orang muda – Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jangan sekat suara orang muda – Tun M

MASZUREEN HADZMAN

KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan menangguh pelaksanaan Undi 18 tahun (Undi18) dilihat seolah-olah seperti mahu menyekat suara orang muda dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa hairan, dalam keadaan teknologi, alasan kerajaan menangguhkan undi18 kerana kesukaran dalam mengumpul data pengundi adalah tidak masuk akal.

“Kerajaan masih mempunyai masa untuk bertindak, terutamanya dalam keadaan kini, segala data direkodkan.

“Jadi, mereka boleh mengakses di mana sahaja data-data seperti mengikut kad pengenalan seseorang itu, di mana keberadaan mereka. Jadi, pelaksanaan undi18 tidak sepatutnya ditangguhkan.

“Jika ditangguhkan, itu adalah disengajakan bagi menyekat orang muda,” katanya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir tampil secara mengejut di pekarangan IPD Dang Wangi selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dipanggil bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu had umur kelayakan mengundi 18 tahun pada Sabtu lalu.

Antara yang dipanggil hari ini iaitu Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Teoh dan Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah serta bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Mereka tiba di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 2.30 petang sebelum selesai memberi keterangan sejam kemudian.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir memberitahu, kehadiran beliau adalah bagi menyatakan sokongan memandangkan tiada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen terlibat.

“Saya tidak tahu mengapa mereka ini dipanggil, sedangkan mereka hanya menyuarakan pendapat merek lebih-lebih lagi ketika Parlimen tidak bersidang.

“Mereka tidak boleh mengadu di Parlimen, jadi mereka perlu mencari jalan lain untuk menyuarakan pandangan kepada kerajaan,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya