Isu benih padi selesai masa terdekat - Utusan Malaysia

Isu benih padi selesai masa terdekat

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menyelesaikan isu pengagihan benih padi kepada pesawah dengan secara berfasa yang berakhir hujung bulan depan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ketika ini fasa pertama penanaman padi sudah bermula dan pengagihan dilakukan sehingga hujung bulan ini.

“Pengagihan padi dilaksanakan secara berperingkat iaitu sehingga 30 April ini, pertengahan bulan depan dan hujung bulan depan.

“Fasa pertama ia akan selesai tidak lama lagi dan benih yang ada juga mencukupi,” katanya dalam Program Srikandi Muda Pemerkasaan Kepimpinan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap satu laporan akhbar yang mendedahkan lebih 30,000 pesawah di empat kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berhadapan masalah tidak dapat memulakan proses menanam padi mulai 1 April lalu.

Ia berikutan belum menerima benih padi sah sehingga kini.

Malah selain ia berkaitan pengedar tunggal benih padi iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan didakwa gagal membekalkan benih padi sah ke kawasan Mada dan sebahagian besar skim tanaman padi di Semenanjung.

Jabatan Pertanian semalam turut mengumumkan sejumlah 26,353 tan metrik benih padi sah sudah disediakan setakat Isnin lalu, bagi kegunaan pesawah di seluruh negara sehingga hujung bulan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.