Harga ayam mula naik di Perak - Utusan Malaysia

Harga ayam mula naik di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Harga ayam standard di beberapa pasar basah di daerah ini didapati mula mencatat kenaikan, semalam berbanding harga yang dijual dua hari lalu.

Tinjauan mendapati harga ayam standard di dua buah pasar basah di sini, naik sehingga RM10 sekilogram semalam berbanding RM8.30 sekilogram dua hari lalu ketika tinjauan di pasar besar Teluk Intan.

Dua lokasi yang mencatat kenaikan harga ayam standard sehingga RM10 sekilogram ialah di Pasar Awam Teluk Intan dan Pasar Awam Hutan Melintang.

Begitu pun harga jualan ayam standard masih rendah jika dibandingkan di pasar basah dan pusat jualan yang lain di daerah ini.

Sebagai contoh pasar raya TF Value Mart di Tapah, ayam standard berharga RM7.99 sekilogram, RM9.50 di Pasar Awam Langkap, RM9.30 di Pasar Awam Bagan Datuk, RM8.55 di pasar raya The Store, RM6.79 di pasar raya Bilion Hutan Melintang, RM7.99 di Pasar Raya TF, RM7.49 di Econsave Langkap dan RM5.99 di Lotuss Store Teluk Intan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya