Hampir RM1 juta baiki 57 buah rumah nelayan - Utusan Malaysia

Hampir RM1 juta baiki 57 buah rumah nelayan

AHMAD Hamzah (empat dari kiri) dan Rosli Mustapa (tiga dari kiri) hadir ke program gotong-gotong LKIM di Jeti Nelayan Serkam, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri turun padang membantu membaik pulih sebanyak 57 buah rumah nelayan menggunakan peruntukan berjumlah RM903,000.

Pengarahnya, Rosli Mustapa berkata, setiap rumah yang layak diberikan bantuan sekitar RM13,000 bergantung kepada tahap kerosakan dialami.

Beliau berkata, bantuan pemulihan rumah itu telah disalurkan secara berperingkat sejak tahun lalu sehingga Februari 2021.

“Pegawai LKIM telah turun padang bagi melihat sendiri kerosakan rumah para nelayan ini dan kita dapati ada rumah yang memang uzur, dimakan anai-anai serta bumbung bocor teruk.

“Pada masa sama, kita juga sedang menjalankan projek membina tiga buah rumah baharu menerusi peruntukkan RM56,000 setiap unit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program gotong-gotong LKIM di Jeti Nelayan Serkam di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Kusuadi Salleh.

Tambahnya, daripada jumlah itu, 47 rumah membabitkan rumah nelayan di daerah Jasin manakala 10 buah rumah lagi di Melaka Tengah.

Ujarnya, program tersebut turut membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan dijayakan bersama nelayan di Jeti Serkam.

Dalam perkembangan lain, Rosli berkata, seramai 60 pemohon juga telah diluluskan bagi penempatan untuk projek perumahan nelayan di Kuala Linggi.

Jelasnya, setakat ini, pemecahan lot di atas tanah milik kerajaan negeri itu sedang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Negeri (UPEN) bagi memudahkan urusan dokumentasi di antara pemilik rumah dan Agro Bank. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.