Dua lelaki tular bergaduh ditahan polis - Utusan Malaysia

Dua lelaki tular bergaduh ditahan polis

TANGKAP layar rakaman video pergaduhan dua lelaki di luar sebuah restoran di Ipoh hari ini.- MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua lelaki ditahan polis hari ini selepas video mereka bergaduh di luar sebuah restoran dekat sini tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abd. Aziz berkata, tangkapan itu dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 160/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Katanya, siasatan mendapati, pergaduhan itu berlaku akibat perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan atas isu pembayaran makanan.

“Kita sahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan tangkapan juga dilakukan terhadap dua lelaki yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

A. Asmadi berkata, polis juga mengesan seorang pemilik akaun Twitter bernama ‘V 3 3 R U@VEERUUUUUUUU’ yang didapati mengeluarkan kenyataan kononnya anggota polis yang berada di lokasi kejadian tidak mengambil sebarang tindakan.

Katanya, berdasarkan semakan ke atas video yang dikongsi pemilik akaun itu, individu yang dilihat memakai uniform berwarna gelap bukan anggota polis sebaliknya anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat ke atas pemilik akaun itu untuk siasatan di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 36 saat yang tular di media sosial itu memaparkan perselisihan faham antara penunggang penghantar makanan dengan seorang lelaki dipercayai pemilik restoran.

Kejadian bertikam lidah itu sambil ditenangkan anggota penguat kuasa PBT menjadi tidak terkawal apabila kedua-dua mereka saling menyerang dan memukul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.