Dua adik Nicky Liow antara 16 individu didakwa pagi ini - Utusan Malaysia

Dua adik Nicky Liow antara 16 individu didakwa pagi ini

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan Datuk Seri Nicky yang dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua adik kepada Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee antara 16 individu yang akan didakwa pagi ini.

Kesemua mereka antara 68 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mac lalu kerana terlibat dengan Geng Nikcy.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pertuduhan akan dilakukan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana penglibatan mereka dalam satu kumpulan Jenayah Terancang.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dekat sini kira-kira pukul 9 pagi ini,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, sebanyak 68 individu yang dipercayai merupakan ahli Geng Nicky yang dikaitkan dengan Nicky Liow ditahan.

Kesemua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram.

Dalam serbuan itu, serbuan tersebut sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru.

Pihak polis juga telah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4,053,809.49 dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759.00 melibatkan 21 individu dan 16 entiti termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia.

Dalam pada itu, usaga mengesan ahli perniagaan itu yang juga pengasas Winner Dynasty Group yang beralamat terakhir di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor giat dilakukan.

Dia dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Soon Hee pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, empat tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya