Celcom Digi Bhd.bakal wujud suku kedua 2021 - Utusan Malaysia

Celcom Digi Bhd.bakal wujud suku kedua 2021

MOHAMAD IDHAM Nawawi (kiri) dan Nor Aeni Mokhtar menunjukkan memorandum persefahaman yang ditandatangani mereka sebagai mewakili Celcom dan UMT di Hotel The Everly Putrajaya malam tadi. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penggabungan Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Digi.com Berhad (Digi) sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di negara ini bakal dimuktamadkan suku kedua ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Mohamad Idham Nawawi berkata, kedua-dua pihak terlibat menyasarkan usaha penggabungan bersejarah itu dijangka siap selepas Aidilfitri.

“Insya-Allah, kita sasar secepat mungkin dan jika tiada masalah besar, penggabungan ini dapat diselesaikan dalam masa dua bulan lagi iaitu habis sambutan Aidilfitri kelak,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Celcom di sini,malam tadi.

Beliau mewakili Celcom pada majlis itu manakala UMT oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nor Aeini Mokhtar dan wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, Johan Cruyff menyaksikan majlis itu.

Kelmarin, kedua-dua syarikat telekomunikasi induk itu, Axiata Group Berhad dan Telenor Asia mengumumkan penggabungan operasi yang akan dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad.

Mengulas lanjut, Mohamad Idham memberi jaminan tiada pembuangan melibatkan kira-kira 2,500 pekerja tetap Celcom selain kalangan staf kontrak berjumlah lebih 3,000 orang.

“Kita akan tetap mengekalkan situasi ekosistem kakitangan sedia ada, malahan tidak menolak kemungkinan sedia menambah perjawatan baharu setelah penggabungan selesai,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai nasib petugas Digi selepas MergeCo dibentuk kerana syarikat itu agak berbeza model perniagaannya dengan Celcom selama ini.

Namun beliau menjangka, pekerja terbabit boleh diserapkan dalam Celcom Digi Berhad selain ada dalam kalangan mereka yang berkemungkinan memutuskan berhenti awal atas pilihan sendiri.

Pada masa sama ujarnya, lebih 45,000 pekerja yang meliputi peniaga dan penjual pelbagai produk Celcom di seluruh negara akan terus dikekalkan di bawah syarikat berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya