Beli petrol RM5 sebelum bakar diri - Utusan Malaysia

Beli petrol RM5 sebelum bakar diri

LOKASI seorang wanita yang membakar diri sendiri berdekatan sebuah stesen minyak di Taman Teratai, Kangkar Pulai, Iskandar Puteri di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan pantas pekerja stesen minyak berjaya menidakkan usaha seorang wanita yang cuba membakar diri berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Teratai, Kangkar Pulai, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.29 pagi itu, wanita berusia 30 tahun itu yang dipercayai mengalami masalah kemurungan melecur hampir keseluruhan badannya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata,  berdasarkan maklumat pekerja tersebut, wanita itu membeli minyak petrol RM5 sebelum menyiram ke badannya sendiri ketika kejadian.

“Wanita itu kemudian pergi ke bahagian bahu jalan berhampiran stesen minyak lalu membakar diri sendiri. Pekerja itu berusaha memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang sedia ada di stesen minyak tersebut sebelum menghubungi Balai Polis Kangkar Pulai memaklumkan kejadian itu. 

“Wanita tersebut yang berada dalam keadaan tenat itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Dzulkhairi, hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami kesan melecur di sebahagian muka, bahagian dada, perut hingga ke paras pinggang, serta bahagian belakang badan juga melecur.

Katanya, menurut keterangan ibu mangsa, wanita tersebut pernah mendapatkan rawatan di hospital sejak November tahun lalu kerana kemurungan.

Jelasnya, mangsa dimaklumkan tinggal seorang diri sejak ibu bapa mangsa bekerja di Singapura.

“Mangsa kini akan dipindahkan ke wad biasa untuk rawatan susulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya