Bekalan daging lembu cukup sepanjang Ramadan, Syawal - Utusan Malaysia

Bekalan daging lembu cukup sepanjang Ramadan, Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Bekalan daging lembu sama ada tempatan atau import sepanjang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada pada 1 Syawal nanti dijamin mencukupi bagi memenuhi permintaan masyarakat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan menganggarkan sebanyak 36,000 tan metrik bekalan daging dibekalkan sepanjang musim perayaan kali ini.

“Daripada jumlah itu, daging tempatan 9,000 tan manakala daging import 27,000 tan metrik. Jumlah sebenar keperluan untuk tempoh Ramadan hingga Syawal 10,000 tan metrik sahaja, jadi bekalan adalah mencukupi.

“Keperluan daging lembu dan kerbau untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri pula dianggarkan 10,000 tan metrik,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak penternakan arnab di Kampung Banggol Chica, di sini hari ini.

Che Abdullah memberitahu, mekanisme dan dasar kerajaan terdahulu dalam mengawal kenaikan harga barangan di pasaran masih lagi diguna pakai secara meluas oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, penularan pandemik Covid-19 yang sedang melanda ketika menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang di pasaran.

“Kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta kementerian berkaitan bagi mengatasi kenaikan bahan mentah di pasaran ketika ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

CHE Abdullah Mat Nawi (kanan) ketika mengadakan lawatan ke pusat ternakan arnab di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas Kelantan hari ini. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya