Bayi dua minggu, ibu maut kemalangan - Utusan Malaysia

Bayi dua minggu, ibu maut kemalangan

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melibatkan wanita warga Indonesia dan anaknya di Jalan Ampang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG : Seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang baru berusia dua minggu maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Ampang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, seorang lagi anak mangsa berusia empat tahun parah manakala suaminya hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu suami mangsa berusia 34 tahun dari arah Ampang menghala ke Lembah Jaya telah hilang kawalan.

Kata beliau, berikutan itu menyebabkan kereta dinaiki kesemua mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke jalan arah bertentangan.

“Penumpang kereta iaitu isteri pemandu terbabit telah tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

“Seorang anak pasangan tersebut iaitu seorang bayi perempuan berusia 14 hari telah mengalami cedera parah dan telah disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, seorang lagi anak pasangan tersebu mengalami cedera parah sedang dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital sama.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.