Bangunan lama musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Bangunan lama musnah dalam kebakaran

SEBUAH bangunan lama di Jalan Dr. Krishnan, Seremban musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku, awal pagi tadi.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah bangunan lama di Jalan Dr. Krishnan di sini, yang pernah menjadi lokasi panggung opera pada lewat 1910 dan kemudiannya pawagam di bandar ini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya mendapat panggilan pada pukul 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Kebakaran pawagam lama tersebut melibatkan lima unit bangunan kedai dua tingkat yang berukuran 24X70 kaki persegi setiap satu lot. Ketika operasi pemadaman, bangunan lama berkenaan kosong dan musnah 100 peratus.

“Pasukan omba memadam api sepenuhnya dan operasi tamat 8.40 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, dua balai bomba iaitu Balai Bomba Seremban dan balai bantuan dari Seremban 2 terlibat memadamkan kebakaran berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN