Aminuddin hanya mahu bertanding satu kerusi, serah keputusan kepada Anwar - Utusan Malaysia

Aminuddin hanya mahu bertanding satu kerusi, serah keputusan kepada Anwar

AMIRUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyerahkan keputusan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kedudukannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ia termasuklah persoalan sama ada beliau akan bertanding di kerusi Parlimen atau atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun beliau yang Menteri Besar Negeri Sembilan menegaskan khabar angin bahawa akan bertanding di dua kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

“Itu khabar angin, tapi bagi saya satu tempat cukuplah, kalau diarah ke Parlimen saya bertanding di Parlimen, kalau di negeri saya bertanding di negeri, saya serahkan kepada Presiden, saya akur kepada arahan bos.

“Kalau diminta untuk bertanding dua (kerusi) pun saya rasa tidak lah, berilah peluang kepada orang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, dekat sini hari ini.

Sementara itu, ujar beliau, perkara berkaitan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di negeri ini telah berada di peringkat akhir.

“Kita tiada masalah sangat, cuma ada satu dua tempat yang kita akan bincangkan,” katanya yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya