70kg udang ketak dari Indonesia dirampas Maqis - Utusan Malaysia

70kg udang ketak dari Indonesia dirampas Maqis

UDANG ketak seberat 70kg yang ditahan Maqis Johor kerana tidak memiliki permit import di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Udang ketak sejuk beku seberat 70 kilogram (kg) dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, kelmarin.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, udang ketak berkenaan dikesan pihaknya semasa membuat pemeriksaan terhadap sebuah kontena pada pukul 3 petang.

Menurut beliau, kontena berkenaan mengandungi pelbagai produk sejuk beku yang dibawa masuk dari Indonesia.

“Penguat kuasa memeriksa sebuah kontena membawa masuk pelbagai jenis ikan sejuk beku antaranya ialah udang ketak sejuk beku sebanyak 70kg bernilai RM8,400.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati udang ketak sejuk beku berkenaan telah dibawa masuk tanpa permit import,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya