32 bazar Ramadan dibuka di Seremban - Utusan Malaysia

32 bazar Ramadan dibuka di Seremban

SEORANG peniaga, Mohd. Dhiyauddin Zulkafli menunjukkan lokasi tapak bazar Ramadan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengenal pasti 32 lokasi meliputi 1,405 tapak di daerah ini bagi pelaksanaan bazar Ramadan pada tahun ini.

Selain itu, terdapat 15 lokasi bazar Aidilfitri yang meliputi 1,006 tapak turut disediakan kali ini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin berkata, pihaknya memastikan pelaksanaan bazar Ramadan dilaksanakan secara teratur dan selesa kepada peniaga, pengunjung dan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, katanya, ekoran keperluan penganjuran bazar Ramadan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), MBS memutuskan melantik penganjur bagi setiap bazar Ramadan tersebut.

“Sebanyak 87 permohonan diterima dan daripada jumlah itu, 47 dipilih sebagai penganjur bazar Ramadan dalam kawasan MBS kali ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Zazali, MBS membentuk Jawatankuasa Pasukan Petugas Bazar Ramadan bagi memastikan penganjuran bazar Ramadan teratur antara peniaga, persatuan peniaga, penduduk setempat dan pihak berkuasa.

Katanya, antara perkara yang diputuskan dalam jawatankuasa tersebut adalah berkaitan kadar bayaran serta kemudahan disediakan di setiap lokasi bazar Ramadan tersebut.

“Penganjur yang berjaya perlu mematuhi syarat-syarat seperti menjelaskan bayaran penganjuran dan deposit. Semua peniaga juga perlu memiliki permit sementara bazar Ramadan yang sah daripada pihak MBS dengan kadar bayaran sebanyak RM125.

“Penganjur hanya dibenarkan mengenakan bayaran pengurusan tapak kepada peniaga mengikut kelulusan yang dikeluarkan oleh MBS iaitu antara RM300 hingga RM900 bagi bazar Ramadan manakala RM1,000 hingga RM3,5000 bagi bazar Aidilfitri di atas tanah kerajaan,” katanya.

Antara lokasi bazar Ramadan di daerah ini ialah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Taman Sri Pagi, Pusat Bandar Senawang 2, Taman Desa Rhu, Pekan Senawang Jaya, tempat letak kereta di Taman Matahari Heights, Taman Sri Pulai 3, One Avenue Seremban 2, Taman Ampangan, dan tempat letak kereta Taman Forest Heights. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya