30 buah rumah rosak dilanda ribut - Utusan Malaysia

30 buah rumah rosak dilanda ribut

KEADAAN salah sebuah daripada 30 buah rumah yang terjejas dalam kejadian ribut di Felda Gugusan Jelai, Gemas, Tampin petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Kira-kira 30 buah rumah di Felda Gugusan Jelai, Gemas, di sini, rosak dilanda ribut dalam kejadian lewat petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, sehingga pukul 7 petang tadi, 10 buah rumah di Felda Jelai 2 dan 20 buah rumah lagi di Felda Jelai 1 serta 4 dikenal, pasti mengalami kerosakan.

Menurutnya, Pejabat Daerah masih mengenalpasti jumlah sebenar dan tahap kerosakan yang dialami oleh kediaman yang terjejas dalam bencana alam tersebut.

“Difahamkan kejadian berlaku selepas pukul 5 petang dan kebanyakan kediaman yang rosak adalah membabitkan struktur bumbung.

“Pejabat Daerah akan mengetengahkan laporan kerosakan ini kepada pihak berkuasa negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya