254 PATI warga Indonesia diusir dari Sabah - Utusan Malaysia

254 PATI warga Indonesia diusir dari Sabah

SEBAHAGIAN PATI yang dihantar pulang di Pelabuhan Tawau hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Program penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) diteruskan dengan pengusiran 254 orang warga Indonesia melalui Pelabuhan Tawau, Sabah ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia, dekat sini hari ini.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, proses penghantaran PATI warga Indonesia itu merupakan program kali ketiga dilaksanakan pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan PATI warga Indonesia yang dihantar pulang adalah seramai 536 orang.

Sehingga kini, seramai 1,229 PATI pelbagai warganegara berjaya dihantar pulang ke negara asal masing-masing oleh Jabatan Imigresen Malaysia Sabah pada tahun ini.

“Proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan Covid-19 dilakukan terhadap semua PATI mengikut tempoh yang ditetapkan bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan Covid-19. Saringan ini dilakukan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. 

“Kesemua PATI warga Indonesia itu ditahan di Depot Imigresen di Sabah sejak tahun lalu setelah mereka selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002),” katanya dalam satu kenyataan dekat sini hari ini.

Menurutnya, semua PATI telah menjalani hukuman mengikut perundangan negara sebelum dihantar pulang ke negara asal. Untuk itu, semua warga asing yang ingin masuk ke negeri ini diingatkan agar memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mendapat kebenaran untuk berada di Sabah. 

Semua agensi penguatkuasaan di Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Katanya, program penghantaran pulang adalah sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan oleh JIM Sabah bagi tahanan yang ditempatkan di Depot Imigresen seluruh negeri Sabah.

Jabatan Imigresen negeri Sabah akan terus komited melakukan tindakan penguatkuasaan dan penghantaran pulang PATI setelah mereka melalui semua proses perundangan dan mendapat pengesahan daripada kedutaan masing-masing.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.