20 rumah setinggan musnah terbakar - Utusan Malaysia

20 rumah setinggan musnah terbakar

Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Simunul, Semporna hari ini-Gambar Media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Sebanyak 20 buah rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.13 pagi dan seramai 19 anggota termasuk pasukan bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak dan BBP Atas Air bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat menggunakan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dua jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta sebuah bot penyelamat.

Menurut Fazizul, sebaik tiba di lokasi kebakaran, pasukan penyelamat melakukan operasi pemadaman dengan teknik offensive firefighting dan berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Kebakaran itu melibatkan kawasan seluas satu ekar dan membabitkan 20 buah rumah setinggan atas air yang musnah 100 peratus dalam kejadian tersebut.

“Anggota bomba yang dibantu penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain di kawasan berhampiran. Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak pada 12.34 tengahari dan operasi ditamatkan kira-kira pukul 1.11 petang.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasat Kebakaran Zon 5 Sabah (Tawau),” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya