1,285 kes positif; 1,175 kes sembuh; 4 kematian; 4 kluster - Utusan Malaysia

1,285 kes positif; 1,175 kes sembuh; 4 kematian; 4 kluster

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 iaitu 1,285 kes mengatasi kes sembuh Covid-19 iaitu 1,175 kes.

Sebanyak empat kematian dan empat kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 14,203 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 186 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 81 kes memerlukan bantuan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif baharu iaitu 374 kes diikuti Sarawak, 211 kes; Pulau Pinang, 162 kes; Kuala Lumpur, 120 kes; Sabah, 106 kes dan Johor, 101 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Kelantan, 87 kes; Kedah, 31 kes; Perak, 24 kes; Putrajaya, 19 kes; Pahang, 13 kes; Negeri Sembilan, 12 kes; Terengganu, 11 kes; Melaka, 11 kes.

“Hanya satu negeri dan wilayah merekodkan kes satu agka iaitu Labuan, tiga kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya