fbpx

24 Jun 2021, 12:01 pm

  TERKINI

1,200 pengunjung dalam masa tiga jam bazar beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Pengunjung terpaksa beratur panjang bagi menunggu giliran masuk ke bazar Ramadan Bayan Lepas di sini pada hari pertama operasi perniagaan itu bermula petang tadi.

Difahamkan, mereka terpaksa beratur sepanjang lebih 50 meter dari Jalan Dato Haji Ismail Hashim ke laluan masuk utama bazar berkenaan mulai pukul 4.30 petang.

Penganjur bazar Ramadan itu, Mohd. Afizan Abdul Rashid berkata, pihaknya terpaksa mengehadkan kapasiti pengunjung seramai 200 orang pada satu-satu masa berikutan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Suasana pada hari pertama  bazar Ramadan hari ini agak kelam-kabut disebabkan kami perlu memastikan pemantuhan SOP terutama jumlah kehadiran pengunjung.

“Hari ini sahaja, operasi bazar Ramadan mencatatkan bilangan pengunjung seramai 1,200 orang dalam tempoh hampir tiga jam beroperasi sehingga pukul 7.30 petang tadi.

“Buat masa ini, belum ada had masa dikenakan untuk pengunjung membeli-belah juadah berbuka. Kami harap mereka patuh SOP Covid-19 yang ditetapkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Mohd. Afizan berkata, bazar Ramadan berkenaan menempatkan sebanyak 80 gerai jualan makanan dan minuman melibatkan seramai kira-kira 120 peniaga.

“Kami turut menyediakan ruang beratur kepada pengunjung di setiap gerai jualan bagi memastikan tidak berlaku kesesakkan di tengah-tengah laluan masuk bazar,” ujarnya.

Lewat petang tadi, tular sekeping gambar yang dirakam netizen dari sudut atas perumahan berhampiran bazar berkenaan yang menunjukkan pengunjung sedang berbaris panjang dari Jalan Dato Haji Ismail Hashim. – UTUSAN ONLINE