Undi 18 tahun: Hanya mimpi? - Terdapat pelbagai kekangan perundangan belum selesai - Utusan Malaysia

Undi 18 tahun: Hanya mimpi? – Terdapat pelbagai kekangan perundangan belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun mempunyai pelbagai kekangan selain isu perundangan yang belum selesai di bawah kawalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, justeru kerajaan harus mendalami lagi segala masalah berkaitan sebelum menjadikannya sebuah undang-undang negara.

Belliau menjelaskan, realitinya kerajaan tak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan undang-undang itu dan gara-gara mahu menurunkan umur hak mengundi dari 21 ke 18 tahun, hanya akan menjadi mimpi tidak menjadi kenyataan.

“Jika Yang di-Pertuan Agong belum memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang pindaan berkenaan, maka ia belum lagi menjadi undang-undang negara di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dilaksana.

“Dan jika akta-akta berkaitan pilihan raya juga masih belum dipinda seperti Akta Pilihan Raya 1958 (pindaan 1970) untuk menyesuaikan pindaan Perlembagaan Artikel 47(b), maka saya tak nampak provisi umur 18 tahun itu dapat diimplimentasi,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berpendapat, Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang turut akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana belum mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong seterusnya diwartakan.

Menurut Wan Ahmad, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertanggungjawab membawa undang-undang yang telah diluluskan peringkat Parlimen untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan bukannya SPR.

Terdahulu, Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu, sebarang urusan lanjut berkaitan perkara atau pindaan undang-undang itu hanya akan dilaksanakan SPR kerana tanggungjawab kerajaan telah ditunaikan sebaik sahaja Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Parlimen.

Pindaan itu dibuat terhadap artikel 47 mengenai umur calon, dan artikel 119 mengenai umur minimum layak mengundi.

Bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang tersebut juga memerlukan pindaan sama kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN