Tolak watak-watak hipokrit dalam parti - Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

Tolak watak-watak hipokrit dalam parti – Pemuda UMNO

ASYRAF Wajdi Dusuki menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2020 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak pucuk pimpinan supaya menolak golongan yang tidak mempunyai kesetiaan ‘sejati’ kepada parti itu.

Beliau berpendapat, soal setia kepada parti bukan sekadar semasa senang mahupun di waktu susah.

“Sebaliknya setia yang sejati adalah di saat kita harus membuat perhitungan besar, antara mempertahankan parti biarpun menjadi lilin membakar diri atau merelakan diri diperlakukan semahunya bak lembu dicucuk hidung oleh tuan yang mendedaknya.

“Mereka ini kadangkala terlupa atau buat-buat lupa bahawa tuan dedaknya itu, umpama serigala berbulu kambing, penuh muslihat, licik tingkah olahnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) di sini hari ini.

Beliau juga memberi peringatan bahawa UMNO bukanlah ‘kambing kecil’, sebaliknya masih punya maruah dan harga diri.

“Jangan cuba-cuba menjolok sarang tebuan. Kerana sengatannya masih berbisa lagi.

“Pemuda berpendirian tegas, mendesak agar kepimpinan parti tidak lagi memberi muka kepada golongan ini. Jangan sesekali diberi tempat di barisan hadapan untuk mewakili parti. Malah, ahli UMNO wajar menolak watak-watak hipokrit seperti ini dalam pemilihan parti,” katanya.

Asyraf juga menggesa golongan itu supaya tidak berselindung di sebalik slogan penyatuan ummah serta ‘No Anwar No DAP’.

“Usahlah berdalih lagi. Jangan menggunakan madah Penyatuan Ummah bagi mempertahankan kelemahan.

“Jangan berselindung disebalik slogan ‘No Anwar No DAP’ bagi menyembunyikan agenda peribadi mempertahan kedudukan. Janganlah diulangi perangai Pakatan Harapan (PH) lalu yang hanya pandai menabur janji tetapi semuanya ‘dicapatikan’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya