Tiada alasan undi 18 tahun gagal - Utusan Malaysia

Tiada alasan undi 18 tahun gagal

Marzuki Yahya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepatutnya tiada masalah untuk memberikan senarai penuh bakal pengundi berusia 18 tahun kerana Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 sudah lama diluluskan.

Timbalan Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahya berkata, sehubungan itu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan negara belum bersedia ke arah pelaksanaan undi 18 tahun.

Malah katanya, Rais sepatutnya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan muda di negara ini melalui undi seawal usia tersebut.

“Ini adalah usaha kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN) untuk menidakkan hak anak muda.

“Kerajaan juga hanya mementingkan kedudukan mereka daripada memberi ruang dan peluang demokrasi kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau ditemui semasa pelancaran Jawatan Kuasa Penamatan Proklamasi Darurat dan perasmian laman sesawang rasmi #TamatDarurat untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan darurat yang berakhir 1 Ogos depan.

Jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (Amanah) itu berpe­ranan mengumpul tandatangan orang ramai dijangka sehingga Ramadan pada 13 April ini sebelum diserahkan kepada Yang di-
Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan kelayakan mengundi pada pilihan raya umum di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Rais berpendapat, negara belum bersedia ke arah pelaksanaannya kerana memerlukan senarai bakal pengundi daripada JPN dan kawasan di seluruh negara selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang turut terpalit dengan masa menunggu terlalu lama.

Dalam pada itu Marzuki berkata, kerajaan sekarang bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat maka sebab itulah mereka lebih bersikap takut pada diri sendiri dan hanya mahu menang serta memberi tekanan kepada semua pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.