Terpulang kepada UMNO jika mahu bergerak solo - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Terpulang kepada UMNO jika mahu bergerak solo – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terpulang kepada UMNO sekiranya mahu bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan berganjak dengan pendirian untuk terus memperkukuhkan gagasan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

“Terpulang kepada UMNO, pendirian Pas sehingga kini masih begitu iaitu bersama PN dan MN.

“Kita menuju ke arah pertandingan dua penjuru dalam PRU-15 dan tidak mahu rakyat berpecah banyak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kesediaan UMNO bergerak solo sekiranya Pas memilih jalan untuk tidak bersama parti itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini rundingan pembahagian kerusi dengan Pas masih berjalan dan belum muktamad.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, Pas mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang adil dan bukan semata-mata hanya menang besar dalam PRU-15.

“Kalau dapat meraih majoriti besar sekali pun tetapi tidak adil dan mahu mengekalkan kuasa sahaja, tiada ertinya.

“Kita tidak kira tentang itu kerana yang penting adalah rakyat memberi sokongan kepada kita. Kekuatan kita bergantung kepada keadilan terhadap rakyat bukan kerana dapat kuasa sampai bila-bila,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya