Setengah jam tersangkut atas kren pengangkat - Utusan Malaysia

Setengah jam tersangkut atas kren pengangkat

DUA pekerja pemasangan lampu jalan tersangkut di atas skylift hampir setengah jam sebelum dibawa turun anggota bomba dalam kejadian di Jalan Batu Lanchang, Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Dua pekerja terpaksa menunggu hampir sejam untuk dibawa turun selepas tersangkut di atas kren pengangkat (skykift) semasa melakukan kerja-kerja pemasangan lampu di Jalan Batu Lanchang, Jelutong, di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu dipercayai akibat kren berkenaan mengalami kerosakan pada sistem hidraulik dan gagal menurunkan pekerja berusia 18 dan 26 tahun terbabit.

Difahamkan, mereka kemudiannya bertindak menghubungi pasukan MERS 999 bagi mendapatkan bantuan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Israhanafi Ismail ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 2.19 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, semasa tiba di tempat kejadian dua pekerja tersebut didapati masih berada di atas skylift dengan ketinggian kira-kira 10 meter.

“Tindakan anggota adalah dengan menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bagi membawa turun pekerja tersebut.

“Kami turut berdepan kesukaran semasa kerja-kerja membawa turun mangsa disebabkan berada berhampiran dengan tiang elektrik.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya diturunkan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan kira-kira 20 minit kemudian iaitu pukul 3 pagi,” katanya.

Tambah beliau, operasi tersebut tamat sepenuhnya pukul 3.10 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya