Putra bertanding di 15 kerusi Parlimen di Kedah - Utusan Malaysia

Putra bertanding di 15 kerusi Parlimen di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Kedah mengumumkan akan bertanding di kesemua 15 kawasan Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, parti itu juga telah mengenal pasti calon-calon yang bakal bertanding di kawasan Parlimen itu.

Menurutnya, calon-calon yang diketengahkan oleh Putra memiliki pelbagai latar belakang ilmu dan kemahiran.

“Putra percaya calon-calon yang bertanding atas tiket parti itu akan mendapat sokongan tinggi daripada pengundi pada PRU-15 ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebanyak 15 kawasan Parlimen negeri ini ialah Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah dan Pendang.

Kawasan Parlimen lain ialah Jerai, Sik, Merbok, Sungai Petani, Baling, Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu.

Mustaffa berkata, hasrat Putra Kedah untuk bertanding di 15 kawasan Parlimen di negeri ini telah dibincangkan pada mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, pihaknya telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU-15 bagi menjamin kemenangan calon-calonnya.

Bagaimanapun, beliau menambah, Putra mengakui bakal berhadapan dengan tentangan sengit daripada part-parti lain yang bertanding pada pilihan raya umum itu.

“Namun, kita percaya penduduk di negeri ini akan memberi sokongan kepada calon-calon hebat yang ditampilkan oleh Putra nanti,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya