Pokok 'zaman British' berusia 127 tahun tumbang - Utusan Malaysia

Pokok ‘zaman British’ berusia 127 tahun tumbang

POKOK ikonik berusia 127 tahun di hadapan Bangunan Stadthuys, Melaka tumbang pada pukul 6.30 pagi tadi. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pokok ikonik yang menjadi lokasi tumpuan pelancong merakamkan gambar kenangan saat berada di kawasan Bangunan Stadthuys atau ‘bangunan merah’ di sini akhirnya tumbang awal pagi tadi.

Pokok jenis Batai Laut berusia 127 tahun yang ditanam sejak penjajahan British itu tumbang kira-kira pukul 6.30 pagi dipercayai berpunca daripada akarnya yang telah reput.

Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Moahzam Shaari berkata, pihaknya menerima berita sedih itu dan tiba di lokasi pada pukul 7 pagi untuk memeriksa keadaan pokok tersebut.

“Kita percaya pokok ini telah tumbang disebabkan akarnya reput setelah hidup di zaman pemerintahan British pada 1894.

“Kita juga tidak menolak faktor persekitaran seperti laluan trafik yang sibuk turut menyumbang kepada kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Pihaknya akan melakukan penanaman semula pokok baharu di kawasan terbabit bagi menjaga imej lokasi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya