PN harap UMNO kekal bekerjasama  - Utusan Malaysia

PN harap UMNO kekal bekerjasama 

MOHAMED Azmin Ali ketika mengadakan sidang akhbar di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) masih berharap UMNO terus bekerjasama dengan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi memastikan kerajaan yang dibentuk terus stabil.

Jalinan kerjasama selama ini yang dibina bersama UMNO sejak setahun penubuhannya dilihat sia-sia sekiranya terdapat pihak tertentu berniat meruntuhkan kekuatan parti untuk kepentingan peribadi. 

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketika wabak Covid-19 masih menular, ini masa yang terbaik untuk UMNO mengukuhkan perpaduan bersama PN meskipun UMNO bertekad tidak lagi mahu bekerjasama sehingga PRU-15. 

“Penting untuk rakyat hari ini melihat satu bentuk kerjasama dan perpaduan yang utuh kerana dengan mewujudkan kerajaan yang stabil, kuat, ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat dan negara. 

“Kalau tanya rakyat, sudah pasti mereka mahukan kerajaan yang kuat. Rakyat mahukan semua pihak kerajaan atau pun pembangkang bekerjasama sebab akhirnya nanti kita pastikan rakyat mendapat jaminan untuk melindungi kesihatan mereka. 

“Rakyat sudah penat dengan pergaduhan begini yang berterusan. Ia tidak pun membantu dan saya sendiri sebagai pemimpin, saya mahu menganjurkan perpaduan. Saya tidak mahu dilabel sebagai agen perpecahan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhar selepas Majlis Perhimpunan Malaysia Prihatin anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas amaran Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman semalam kepada rakan sekutu PN terutama Pas agar tidak membantu Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) pada PRU-15. 

Sebelum ini, UMNO menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang PRU-15. 

Bagaimanapun, Bersatu tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungannya dengan UMNO selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).  

Dalam pada itu, mengulas pertemuannya bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun baru-baru ini mengenai persidangan Parlimen, Azmin bertegas dengan keputusan kerajaan bahawa Parlimen tidak akan bersidang sehingga Ogos ini. 

“Proklamasi darurat yang mendapat perkenan Seri Paduka Baginda baru-baru ini hanya jalan pintas untuk beberapa keperluan pindaan undang-undang dan sekarang sudah ada tiga ordinan mendapat perkenan Agong khusus untuk Covid-19. 

“Kalau pergi Parlimen mengambil masa yang panjang. Fokuslah kepada menangani Covid-19 dulu. Ini soal nyawa. Jangan perlekehkan dan dipolitikkan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya