Mukhriz: UMNO masih dibelenggu sifat sombong, angkuh - Utusan Malaysia

Mukhriz: UMNO masih dibelenggu sifat sombong, angkuh

Calon PRN Johor yang akan diperkenalkan nanti mestilah calon bersih, cekap dan amanah. - Mukhriz Mahathir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ucapan para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir Ahad lalu menunjukkan UMNO masih dibelenggu sifat sombong dan angkuh yang membawa kepada kejatuhan mereka sebelum ini.

Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, rata-rata ucapan perwakilan termasuk kepimpinan parti itu masih berkisar mengenai perebutan kuasa yang mahu menjadikan UMNO sebagai dominasi utama dalam kerajaan.

Menurutnya, apa yang berlaku jelas menunjukkan isyarat diberikan rakyat yang menjatuhkan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, tidak diendahkan.

“Apa yang kita dengar cuma kenyataan seolah-olah menunjukkan kerajaan sepatutnya menjadi milik UMNO, jawatan Perdana Menteri milik UMNO dan sebagainya.

“Apabila ada rasa sombong maka sukarlah untuk mana-mana pihak bekerjasama dengan UMNO,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, perkara sama pernah dinyatakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum berlakunya langkah Sheraton yang membawa kepada perubahan pucuk pimpinan kerajaan sebelum ini.

Katanya, dalam mesyuarat tersebut, Muhyiddin diberi amaran dan ditanya adakah beliau sanggup bekerjasama dengan UMNO secara ‘en bloc’ dan adakah beliau yakin parti itu tidak akan membuat pelbagai tuntutan.

“Muhyiddin menjawab beliau sanggup dan memberi gambaran seolah-olah boleh mengawal keadaan itu. Di pihak kami, kami tidak setuju kerana merasakan perkara itu sukar dilakukan.

“Itulah antara sebab mengapa kami tidak bersama Muhyiddin dalam ‘langkah Sheraton’ dan hari ini, terbukti betapa hubungan antara UMNO dan Bersatu berantakan. Kami tak terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×