Melaka beri 'lampu hijau' bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Melaka beri ‘lampu hijau’ bazar Ramadan

SULAIMAN Md. Ali mengadakan sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan kerajaan negeri dan pelancaran PSMJ 2035 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada halangan untuk pembukaan bazar Ramadan pada tahun ini selaras dengan inisiatif Melaka Bebas Berniaga dan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, bagaimanapun sebarang keputusan akhir termasuk penetapan prosedur operasi standard (SOP) adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertanggungjawab dalam menguruskan segala hal berkaitan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, MKN dirayu untuk mempertimbangkan kebenaran supaya bazar Ramadan yang amat sinonim dengan umat Islam untuk menjana ekonomi sebelum Syawal beroperasi, memandangkan proses imunisasi vaksin sedang berjalan dan angka jangkitan juga menunjukkan penurunan hari demi hari.

“Kita boleh benarkan operasi bazar Ramadan tetapi ia bergantung juga kepada situasi dan keputusan MKN. Jika MKN beri kebenaran, jadi kita pun tak nak ketinggalan untuk membenarkan bazar ini beroperasi di Melaka.

“Sejujurnya saya suka melihat kemeriahan pada Ramadan dan begitu juga rezeki yang akan dilimpahkan di bulan yang mulia itu, lebih-lebih lagi sembilan dari pintu rezeki adalah berniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya