Maxis, U Mobile, TV3, Bernama dikompaun RM3.7 juta - Utusan Malaysia

Maxis, U Mobile, TV3, Bernama dikompaun RM3.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Maxis Broadband Sdn. Bhd. menjadi syarikat yang menerima kompaun terbanyak iaitu 68 kompaun mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 berjumlah RM3.7 juta bagi suku pertama tahun ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan menyebut, syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan kerana kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir dan kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen.

“Selain Maxis, U Mobile Sdn Bhd dikompaun membabitkan tujuh kompaun sebanyak RM350,000 dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pula masing-masing dikenakan satu kompaun yang berjumlah RM40,000 dan RM20,000 kerana kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

“Tindakan ini adalah usaha SKMM bagi memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi mengutamakan hak pengguna termasuk memastikan kebebasan pengguna untuk memilih perkhidmatan telekomunikasi yang dikehendaki mereka,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut ia juga selaras dengan Ikrar Mesra Pelanggan yang dimeterai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi pada pertengahan Jun 2019, yang mengikat komitmen mereka untuk melaksanakan langkah penambahbaikan bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya