Kerjasama UMNO, PH tidak mustahil - Utusan Malaysia

Kerjasama UMNO, PH tidak mustahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerjasama di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bukan sesuatu yang mustahil.

Veteran UMNO, Tan Sri Mohd. Yussif Latiff berkata, ini memandangkan situasi politik negara yang bebas dan berpegang kepada prinsip demokrasi.

Bagaimanapun jelasnya, pemimpin UMNO diingatkan supaya meletakkan perjuangan demi agama, bangsa dan negara sebagai satu keutamaan.

Menurut beliau, UMNO bebas bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya perjuangan asas parti itu tidak digadaikan.

“Politik adalah seni permainan yang tidak mustahil, dahulu Pas dengan UMNO pun bergaduh, sekarang kedua-dua parti sudah menjadi kawan.

“Kemungkinan berlaku (kerjasama UMNO dan PH) kita tidak dapat tolak, namun UMNO perlu tetap berpegang kepada perjuangan parti ini iaitu demi agama, bangsa dan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO pada PRU-15.

Ini susulan kata dua UMNO untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya