Kerjasama UMNO-DAP-PH : Ahmad Zahid kena terus-terang - Utusan Malaysia

Kerjasama UMNO-DAP-PH : Ahmad Zahid kena terus-terang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu berterus-terang dan menjelaskan kepada akar umbi parti mengenai isu kerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan (PH) yang kian meresahkan ahli-ahli pada masa ini.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, ini kerana banyak spekulasi tersebar di mana-mana platform media sosial apatah lagi dibuktikan dengan gambar-gambar Ahmad Zahid dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketahui ramai mempunyai hubungan akrab suatu masa dahulu.

Justeru, katanya, satu pengakuan secara terbuka perlu dibuat Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini sekali gus menepis segala dakwaan tidak benar bahawa wujudnya satu hubungan yang melanggari dasar parti, ‘No DAP, No Anwar’.

“Jadi kita nak minta Presiden berterus-terang dan memberikan gambaran sejelas-jelasnya tentang keadaan yang berlaku ini.

“Sekarang ini banyak sangat gosip merata-rata terutama di media sosial mengenai hubungan UMNO-PKR-DAP malah kedudukan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali pun. Jadi kita minta Presiden tidak menimbulkan masalah dalam kalangan ahli-ahli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pengakuan Anwar bahawa pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan UMNO untuk mengadakan kerjasama meskipun selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifudin Nasution juga tidak menolak kemungkinan kerjasama PKR-UMNO walaupun menyifatkan ia terlalu awal untuk ditentukan.

Menurutnya, perbincangan itu setakat ini membabitkan sokongan untuk bekerjasama secara individu oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO.

Sebelum ini Ahmad Zahid pernah menyatakan bahawa beliau tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong PKR. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya