Katakanlah apa sahaja, Pas tetap terus bekerja- Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Katakanlah apa sahaja, Pas tetap terus bekerja- Abdul Hadi

ABDUL Hadi Awang selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas komited meneruskan perjuangan parti itu dalam mengukuhkan penyatuan ummah walaupun dilabel dengan pelbagai gelaran oleh segelintir pihak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian masing-masing terhadap apa jua gelaran yang ditujukan kepada parti berkenaan.

“Ikut suka orang nak bagi nama apa pun, kita tetap teruskan jalan kerja untuk menyatukan ummah.

“Tujuan kita menyatukan ummah, yang pertama orang Islam dan kedua pula manusia, jadi mana-mana yang ekstrem kita tolak,” katanya kepada pemberita selepas selesai menerima vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang melabelkan Pas sebagai pelacur politik yang perlu ditewaskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, tugasan menyatukan ummah tidak terhad Pas dan UMNO sahaja, sebaliknya menjadi tanggungjawab semua pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya