Kalau semua bertanding solo, apa akan jadi kepada kestabilan negara? - Utusan Malaysia

Kalau semua bertanding solo, apa akan jadi kepada kestabilan negara?

HISHAMMUDDIN Tun Hussein hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluahkan rasa bimbang terhadap kestabilan politik negara jika semua parti Melayu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, kebimbangan itu wujud apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaannya selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding satu lawan satu atau satu lawan dua pada PRU-15, yang dipercayai merujuk kepada UMNO dan Pas.

“Pendirian kita penting. Ini sekiranya kita dengar apa yang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebut semalam.

“Kalau Bersatu bertanding semua kerusi, UMNO bertanding semua kerusi, Pas pun bertanding semua kerusi, apa akan jadi kepada kesatuan, perpaduan dan kestabilan, menjelang pilihan raya akan datang?” soalnya ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini.

Hishammuddin berpendapat, setiap pihak yang terlibat perlu memberi jaminan berhubung soal kesatuan gabungan politik dan kestabilan negara.

“Apa yang penting, jangan hanya cakap retorik. Kalau betul-betul berpegang kepada kestabilan, masa depan dan hala tuju, saya rasa ada masa untuk duduk berbincang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.