Datuk Seri ada rangkaian dengan kumpulan gengster - Utusan Malaysia

Datuk Seri ada rangkaian dengan kumpulan gengster

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri yang diburu bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial dipercayai mempunyai rangkaian dengan beberapa kumpulan gengter.

Malah, Datuk Seri tersebut juga dipercayai menjadikan beberapa unit rumah di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin sebagai ‘calling centre’ dalam melakukan kegiatan tersebut.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, bagi mengelakkan aktiviti jenayah yang dilakukannya terbongkar, Datuk Seri tersebut juga dikata menggunakan kedudukannya untuk menjalinkan hubungan dengan orang kenamaan (VIP) tertentu.

“Tindakan licik Datuk Seri itu menyukarkan PDRM mengumpul bukti dan mengambil tindakan terhadap jenayah dilakukan,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha mengesan Datuk Seri terbabit.

Kata beliau, usaha tersebut tidak pernah dihentikan malah pihaknya telah pun mengenal pasti lokasi persembunyiannya.

“Kita akan cari sampai lubang cacing, kita tahu dimana dia berada dan tunggu masa untuk diambil tindakan,” jelasnya.

Sebelum ini Ayob Khan dalam sidang akhbarnya memberitahu, polis sedang mengesan seorang Datuk Seri beralamat terakhir di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor bagi membantu siasatan kes jenayah pengubahan wang haram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN