Bakal jemaah haji divaksin bermula pertengahan Mei ini - Utusan Malaysia

Bakal jemaah haji divaksin bermula pertengahan Mei ini

ADHAM Baba melancarkan buku 'The Covid-19 Chronicles Of Malaysia-Navigating The Storm' di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA [3:56 PTG, 10/3/2021] Mysarah: 110321-PTJ-adham-haji-vaksi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bakal jemaah Haji 2021 akan mula diberi suntikan vaksin Covid-19 pertengahan bulan Mei ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara terbabit sudah dibincangkan dalam Kabinet dan kemungkinan besar, jemaah boleh menunaikan haji tahun ini.

Katanya, Perdana Menteri dalam rangka lawatan ke Arab Saudi untuk membincangkan perkara itu.

“Saya difahamkan kuota tahun ini lebih daripada biasa iaitu selalunya 30,000 jemaah maka kita mohon lebih sehingga 50,000 jemaah kerana tertangguhnya haji tahun lalu.

“Setiap mereka yang divaksin memerlukan 21 hari untuk dilindungi sepenuhnya selepas dos kedua maka melihat tarikh haji, jemaah perlu divaksinkan pertengahan bulan Mei,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis pelancaran buku “The Covid-19 Chronicles Of Malaysia | Navigating The Storm di pejabatnya, di sini.

Adham berkata, Arab Saudi meletakkan syarat bahawa jemaah haji dan umrah perlu mendapatkan vaksin Covid-19.

“Melihat syarat yang ditetapkan Arab Saudi, jemaah haji yang tersenarai tahun ini akan diberi vaksin.

“Kita akan bantu mana-mana rakyat Malaysia yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya