Ahli politik Pantai Timur didakwa cabul wanita - Utusan Malaysia

Ahli politik Pantai Timur didakwa cabul wanita

Menyamar polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang ahli politik bergelar Datuk didakwa mencabul rakan baik isterinya di rumah wanita itu di Taman Bukit Melawati di sini, tahun lalu terbongkar.

Kegiatan terkutuk ahli politik itu terbongkar selepas mangsa berusia 48 tahun membuat laporan polis pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita itu mendakwa suspek berusia 50-an bersama isterinya berkunjung dan turut bermalam di rumahnya sekitar Julai dan Ogos tahun lalu.

“Pada awal pagi, semasa mangsa sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba dia tersedar apabila merasai bahagian badannya disentuh seseorang. Suspek yang menyedari mangsa tersedar daripada tidur terus beredar pulang bersama isterinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, selepas kejadian itu mangsa tidak membuat laporan polis kerana takut dan bimbang akan merosakkan hubungan mereka, selain suspek adalah ahli politik berpengaruh di sebuah negeri di Pantai Timur.

Bagaimanapun katanya, mangsa kemudian nekad untuk membuat laporan polis pada Selasa lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN