PETALING JAYA: Dua selebriti dijangka menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam tempoh terdekat. Sumber memberitahu Utusan Malaysia, dua selebriti itu ialah pelawak, Afdlin Shauki dan juga penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet yang akan membuat persembahan dalam sebuah program yang melibatkan komponen pembangkang Khamis ini. “Selebriti-selebriti itu sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan tertutup dengan ahli politik Malaysia yang cukup besar namanya dalam persada…










