Ada bukti MP Cameron Highlands dipikat Bersatu - Utusan Malaysia

Ada bukti MP Cameron Highlands dipikat Bersatu

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor ditawar untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketika bercakap dalam sesi perbahasan ucapan Presiden UMNO, beliau menganggap tindakan Bersatu itu tidak ‘gentleman’ dan ‘main kotor’.

“Saya ada bukti yang kukuh, mereka telah berusaha memujuk dan memikat Ahli Parlimen Cameron Highlands untuk menyertai parti mereka, mereka memujuk beliau sampai ke rumahnya. Kalau tidak percaya tanya beliau.

“Namun usaha itu gagal, kerana Ahli Parlimen Cameron Highlands ternyata seorang yang sangat setia kepada parti. Saya nak bagi tahu kepada parti Bersatu, tindak tanduk sedemikian tidak gentleman, adalah lebih baik jika Parlimen dibubarkan segera,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO semalam.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang turut menempelak tindakan Bersatu yang membuat pembahagian kerusi tanpa berunding dahulu dengan UMNO.

“Ada seorang pemimpin mereka telah membuat kenyataan bahawa mereka akan meletakkan calon untuk bertanding di lima kawasan Parlimen di Pahang,” ujarnya.

Disebabkan itu, Wan Rosdy berkata, UMNO Pahang bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi untuk bekerjasama dengan Bersatu hanya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kami yakin dengan kerjasama kukuh Muafakat Nasional (MN) serta parti-parti komponen MCA dan MIC. Tanpa penglibatan parti Bersatu pun, kelima-lima kerusi tersebut akan kita menang, Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN