343 pekerja asing PUI tinggal bersesak - Utusan Malaysia

343 pekerja asing PUI tinggal bersesak

SEBUAH tapak premis pembinaan di Sepang diserbu KSM kerana menggajikan pekerja asing di bawah PUI selain dibiarkan mendiami penginapan sesak tanpa kemudahan asas, dalam datu operasi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebuah tapak premis pembinaan di sini yang menggajikan 343 pekerja asing dikategorikan sebagai Person under Investigation (PUI) dikenakan tindakan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam satu kenyataan berkata, premis itu diperiksa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang dalam Operasi Pindah (Ops Pindah), semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Selangor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan kekuatan 30 pegawai dan anggota itu mendapati pekerja asing berkenaan dibiarkan mendiami penginapan yang sesak tanpa kemudahan asas.

“Selain itu, penginapan yang disediakan tidak mendapat sebarang perakuan penginapan daripada JTK dan sehingga kini majikan gagal membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan tersebut,” katanya di sini hari ini.

KSM berkata, tindakan undang-undang melalui Akta 446 di bawah Ordinan Darurat pindaan 2021 diambil terhadap majikan terbabit.

“JTK juga telah mengeluarkan arahan Ketua Pengarah Tenaga Kerja iaitu mengarahkan majikan untuk memindahkan pekerja ke penginapan sementara lain yang sesuai dalam tempoh 48 jam dari tarikh dan masa arahan tersebut dikeluarkan.

“Pihak majikan telah memberikan kerjasama yang baik dengan melakukan pemindahan serta-merta pekerja mereka ke penginapan sementara yang dipilih sendiri oleh majikan atas kelulusan pihak Kementerian Kesihatan melalui PKD Sepang,” katanya.

KSM berkata, operasi pematuhan Akta 446 akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan penginapan pekerja mematuhi akta serta peraturan-peraturan di bawahnya serta sesuai didiami.

“Ini adalah penting dalam memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pekerja,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya