PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 1,491 kes sembuh Covid-19 sekali gus mengatasi kes positif iaitu 1,360 kes.
Sebanyak lapan kluster dan dua kematian direkodkan manakala kes aktif pula menunjukkan penurunan iaitu 14,504 kes berbanding semalam iaitu, 14,637 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 157 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 72 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 356 kes dengan 210 kes daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan, diikuti oleh Sarawak sebanyak 308 kes dan Johor sebanyak 129 kes,” katanya dam satu kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE