PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif iatu 1,208 kes manakala kes sembuh sebanyak 1,973 kes.
Sebanyak tiga kematian direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 15, 511 kes berbanding semalam iaitu 16,279 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 155 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus menjadi negeri tertinggi merekodkan kes baharu biarpun terdapat penurunan iaitu 379 kes diikuti Sarawak, 251 kes; Pulau Pinang, 142 kes dan Johor, 118 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 80 kes; Kuala Lumpur, 61 kes; Terengganu, 39 kes, Perak, 37 kes; Sabah, 29 kes; Kedah, 27 kes; Melaka, 25 kes; Pahang, 17 kes manakala Melaka, dua kes; Putrajaya, satu kes serta Labuan dan Perlis, masing-masing sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE